Orang ada blog kita pun nak jugak tapi untuk apa yek? Lama kawan fikir sampai akhirnya kawan berpendapat dalam blog ini elok kawan kongsi perjalanan hidup kawan yang tak sepertinya nih! ada orang blog tempat lepas geram atau tempat nak kritik. namun pada kawan kerja-kerja memecahbelahkan ni kawan tak main! Baik kawan cerita hal kawan jek!
Mula-mula soal kesihatan. dulu masa remaja soal kesihatan ni...alaah.. kacang jer...setakat demam pergi klinik mesti kautim punya. kalau sakit dada,,, alah angin ler tu... gi urut hilang la tue... kalau setakat pening kepada, Panadol kan ada....? Lama jugak kawan ambil enteng soal kesihatan nih! sampai la bila masuk 40 an, bila badan dah mula macam-macam rasa, bila Blood pressure dah lebih 120/80 dan blood sugar dah lebih 10 mmol, kolesterol pun dah mencanak, dah mula penyakit remaja dulu terserlah! apa ke tak nya... makan mesti nak sedap, tidulr tak perlu cukup (abih... balik pun lepas jam 12 malam) suka pulak tu ambil tanggung jawab. Tak pe kawan kan hado.... yang akhirnya bertukar jadi stress. Kalau di qulhom kan ni semua akhirnya episod baru dalam sejarah kesihatan kawan pun bermula apabila Doktor mengisiytiharkan kawan mengidap penyakit jantung koronari. Maka, elok dalam blog ini kawan cerita pengalaman kawan dari mula sampailah la...ni (bermakna kawan masih sihat walau baru doktor cekah tulang dada kawan 3 minggu lepas).
DIAGNOSE
Kalau kawan diagnose sendiri takkan nak mengaku punya ada sakit jantung. Macam-macam alasan, angin lah gastrik lah, buat ECG selalu nampak normal. So, ok what? merokok jangan cerita lah, lagi menafikan hakikat, lagi itulah semakin galak menyedut Benson & Hedges sejak lepas sekolah lagi. Bila cerita angin tak sudah-sudah didendangkan kepada doktor pakar ( masa tu di hospital pakar Puteri) kawan dirujuk kepada doktor pakar jantung yang terus mengusulkan untuk buat Engiogram. Nah! terbukti yang selama ini sakit dada tu adalah Engina, bukan angin atau gastrik bermakna oksigen tak cukup untuk sampai ke jantung. Bermakna ada Arteri yang sempit dan tersumbat!Untuk sahabat-sahabat semua jangan terpedaya dengan ECG atau kaedah-kaedah alternatif yang lain untuk konfemkan sakit, pergi lah buat Engiogram keputusan yang hampir pasti). Yang masalahnya ramai yang hidup dalam penafian (indenial) yang menyiksa kehidupan seharian. Ada kes yang masih boleh dibuat Ballooning atas Engioplasty, namun dalam kes kawan kaedah-kaedah itu tidak memberi kesan. Yang terbaik adalah Koronari By Pass (CABG). Wah!!!! sedap cakap.... tahu tak macamana dia nak buat? Doktor pun terangkan dia akan potong tulang dada, keluarkan jantung, repair arteri yang sparenya di aambil dari urat kaki, then tutup balik... Walllah!!! Senang nya bunyi! Kosnya pulak sekitar RM 70 ribu hingga RM100 ribu bergantung kepada pesakit. Pergh! nak jual kebun takde kebun, nak jual rumah, itulah satu-satu harta yang ada. Insuran pulak biasalah tak penuh coveragenya... Apa-apa pun ambil dulu VD video Engiogram dan surat Diagnose doktor pakar jadi boleh cari alternatif lain kononnya.
Sementara itu. angina semakin menjadi jadi. Hampir setiap malam terjaga sampai dua tiga kali sebab sakit dada. Nasib ada pil magis GTN (bawah lidah) yang boleh hilang sakit dalam 2 minit. Akhirnya kawan termenung sampai bila kawan nak menanggungnya? Banyak aktiviti terpaksa dihentikan sebab tak larat dan kat rumah pun dah jadi kurang aktif sebab selalu letih. Tanpa banyak cakap, melalui seorang sahabat kawan bersama sebuah laptop dan CD angiogram tadi buat presentation di rumah ketua Pakar Bedah Jantung Hospital Sultanah Aminah dan setelah melihat CD itu beliau bersetuju bahawa kawan memang mengidap sakit jantung koronari dan memerlukan pembedahan segera!
PRA PEMBEDAHAN CABG

No comments:
Post a Comment