Sunday, 1 December 2013

PRA PEMBEDAHAN CABG

Maka bermulalah episod kawan cari penawar dan penyelesaian yang tergantung di benak fikiran kawan. Dah doktor Pakar Bedah kata kena operate, maka kawan takde pilihan lain kecuali menyerah kepada takdir.  Setelah temujanjani di atur, maka tarikh pun ditetapkan pada 28 April 2013 untuk masuk Wad Kardiotorasik dan seterusnya di operate.  Sementara itu, ikhtiar lain juga diusahakan. Ada satu 'remedy' dalam internet daripada pati halia, bawang putih, lemon, cuka epal dan madu dicuba, manalah tahu tak perlu operate. Selain itu, 'morning walk' hampir setiap hari kawan lakukan sampai dah jadi 'geng Ah So' yang kerjanya berjalan ditaman setiap pagi. Namun, usaha kedua-dua  ikhtiar itu sebenarnya ada beri kesan. Angina semakin kurang menyerang. kawan kini dah boleh berlari menaiki tangga kecuali serangan Angina waktu malam jam 2 pagi dan 4 pagi yang membuatkan aku termenung dan memikir sampai bila harus aku tanggung kesakitan ini. Aku pasrah bila menjelang tarikh pembedahan aturan hidup agak lancar seolah-olah merestui pembedahan yang bakal dilakukan.

Tarikhnya pun tiba dengan berat hati bersama anak beranak ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) macam gaya nak Check in hotel. Namun, apabila doktor periksa tekak didapati tekak merah dan terus doktor terus suruh ambil antibiotik dan balik rumah. Baru kawan tahu rupanya kalau nak operasi 'bypass' ni, tubuh badan kena benar-benar sihat. tiada masalah lain kecuali jantung. Maka, bermulalah babak keluar masuk hospital. Sekejap masuk, sekejap keluar. Sebab demam, sebab ICU tak de katil. Smpailah pada awal Jun, tarikh baru yang dinantikan menjelma kembali. Kali ini rasanya inilah masanya. Kawan ingat lagi masa itu ialah hari Nisfu Sya'aban. Jangkanya esok pagi pembedahan akan berlangsung. Maka, pakar Bius pun datang menerangkan prosedur biusnya dan doktor bedah juga memanggil semua ahli keluarga untuk menerangkan risiko-risiko pembedahan itu. Namun, pakar Bius dan Pakar bedah hanya menerang risiko pembedahan sejumlah 5 hingga 10 peratus. Bermakna lebih 90 peratus adalah 'success rate' nya. Kawan teringat masa tu pernah kawan di beritahu oleh Pakar Bedah di hospital Puteri semasa menghantar Ayahanda kawan untuk pembedahan perut dan hempedunya yang mana risiko yang pakar bedah itu kata adalah 25 peratus. Masa itu, minda kawan agak positif bila kawan berpendapat ' pembedahan besar begini doktor hanya kata 5 peratus risiko'. Tapi percayalah sahabat semua, doktor-doktor telah mengotakan janji-janji mereka dengan Izin Allah SWT jua.

Malam tu kawan dah siap bercukur semua bulu yang ada di badan, atas dan bawah. Cuma tinggal satu pil sahaja yang kawan perlu masukkan dalam dubur kawan untuk cuci perut supaya lepas operate nanti tidak lah sakit perut nak buang air besar. Maka, lepas baca 3 Yaassin dan solat Isyak kawan duduk di katil dan tetiba doktor Pakar Bedah datang terus kata "your turn won't be tomorrow coz we're running out of ICU's bed". Pergh.... berderau darahku kalau ditoreh sejak siang tadi muka ku memang tak berdarah. Esoknya, kepala kawan mula pening, mungkin panik agaknya dan tetiba kawan teringat TIA atau mild stroke yang pernah kawan kena akhir tahun lalu. Doktor pun rujuk kawan kepada Neurologist dan dia minta MRI dilakukan di mana nak buat MRI di HSA perlu appointment sekurang-kurangnya 2 minggu. Bermakna kawan perlu balik dulu. Giliran operate kawan lusanya kawan serahkan kepada Mahadi iaitu kawan di katil sebelah. Sepanjang duduk di wad itu, kawan hari-hari melihat pesakit jantung keluar masuk operate samada by pass atau injap jantungnya. Kalau prosedur operate jangan citer la.... jangan amik tahu pun sebab kalau difikirkan kita boleh jadi tak jadi nak operate. Serah sahaja pada Allah SWT!

Sejak itu, ketakutan kawan dah lari kemana entah.... sehinggalah apabila dipanggil balik ke wad kira 2 bulan selepas itu, ketakutan itu masih tidak 'balik-balik' lagi. Kali ini terpaksa beraya Korban di Wad. Selepas 5 hari demam pulak! kena balik lagi. Mana ke tak demam, wad itu penghawa dinginnya sememangnya pada 16 celcius, macam dalam peti ais! Namun, selepas seminggu pulang Sister Lee telefon mengatakan esok kena masuk Wad sebab lusa Doktor nak Operate!.... Wah! akhirnya tiba masa yang ditunggu-tunggu. Tanggal 29 Oktober di Wad dan 30 Oktober di operate!

HARI DI 'OPERATE'